Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi
mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang
mereka kerjakan. [24:30]
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan
(khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” (H.R. Bukhari &
Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian
berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi
ketiganya.” (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan
besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang
tidak halal baginya.” (H.R. At-Tabrani dan Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda: “Kedua mata dapat berzina, dan zina keduanya
adalah melihat. Kedua telinga dapat berzina, dan zina keduanya adalah
mendengar. Lidah zinanya dengan bicara. Tangan zinanya dengan menyentuh.
Kaki zinanya dengan melangkah. Hati zinanya dengan berhasrat dan
menginginkan. Dan kemaluan akan membenarkan atau mendustakannya.” (H.R.
Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih
besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum
lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.”
(H.R. Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, Tirmidzi)
Kesimpulan: Couple (berpasangan) dalam Islam adalah haram jika
pasangan belum bernikah. Ini kerana mereka akan terjerumus melakukan
maksiat (bersentuhan dan zina). Mempunyai rasa cinta adalah fitrah
manusia yang diberi Allah dan ia tidaklah salah. Bermanja-manja dengan
orang yang dicintai, keluar bersama tanpa mahram wanita tidak dibenarkan
dalam Islam walaupun sudah bertunang. Adapun bercinta jarak jauh (tidak
bertemu dan hanya sms dan chatting) bukanlah dinamakan couple, namun
masih perlu menjaga batas-batas.
So, for all sesmarianz..anda sedang diperhatikan oleh AMS BADAR.. Kami AHLI BADAR akan membanteras semua pasangan couple yg 'hot' bagi mengelakkan kejadian yg berlaku pada tahun 2011 & 2010 berulang sekali lagi..
No comments:
Post a Comment