Tazkirah ini saya petik daripada blog 'somebody' heheehehehe..minta dihalalkan...
erm..setelah
sy baca.. WOW!!!.. Begitu rupanya ye..tengoklah ye.. org Yahudi yg
telah membuat FACEBOOK nie..byk keburukan berbanding kebaikan..apepun sy
setuju dengan tazkirah di atas.. semoga kita mendapat pedoman.
.
so....bagaimana???..anda setuju dengan artikel ini???
Semenjak
empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran
melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut
ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda
haramnya.
Perlakuan
dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun
di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah
keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat
beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik
facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di
ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook.
Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.
Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta,
pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status
mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana
yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga,
kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain
sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan
bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami
atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di
dalam diri.
Namun,
tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh
Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita
perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui
facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang
sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada
seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik
yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi
keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti
Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor
Rumahtangga.
Pendedahan
masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama
sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali
boleh mengundang dosa.
Terdapat
sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku
pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik
sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya
sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan
sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya
melalui facebook.
Beramanahlah,
berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka
sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga
pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang
perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang
wajar.
2) Terlebih
gambar
Ramai
di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi
lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap
kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama
ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar)
dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya,
aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak
pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka
memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak,
tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki
yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani
bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih
pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang
komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan
berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar
gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan
bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang
telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan
sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang
sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam
kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya
bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah
aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.
Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki
menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat
maklumat wanita. Ada
dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi
‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan
akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses,
terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana
wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan
sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan
menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan
gambar itu.
Si
wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis
sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak
sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk
menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan
terjaga.
4) Download
gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan
juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook,
terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan
sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang
dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan
menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada
mereka yang lain.
Malangnya,
golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat
lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute)
anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang
benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia
luar.
Tunggu
sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak
sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah
rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami
yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu
berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging
gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging
atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk
menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan.
Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini
juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr
Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini
adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian
meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari,
setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh
semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh
menontonnya.
Ini
boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian
individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi
kini telah menutup aurat.
Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu
terbabit berada di dalam rumah,
bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di
dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat
ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang
sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan
segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia
tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh
individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik
facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka
boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan
berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar
mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi
dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang
menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada
dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang
terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian
disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti
mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak,
semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang
lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran
dibuat.
6.
Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya
terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra
caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun
sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik
dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya,
yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam
lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang
cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang
menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra
caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya
tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman
solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu',
'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang
sepertinya.
Tanpa
disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman
solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?.
dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu.
Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan
dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian
yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah
facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh
menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan
berpada-padalah pemilik facebook.
Niat
untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama
sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan
isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa
kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama
'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu
hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan
dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam
Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
No comments:
Post a Comment